FALSAFAH INSAN
PERBEZAAN FAHAM ILMU DI ANTARA IMĀM AL-GHAZZĀLĪ DENGAN SARJANA BARAT – 1
Muhammad Afiq bin Abd Rahman (Malaysia)
Pengenalan
Imām al-Ghazzālī sering dikaitkan dengan Descartes dalam soal keraguan. Namun, apa yang dilakukan atau dialami oleh Imām al-Ghazzālī bukanlah berasaskan keraguan. Misalnya dalam Meditation I, Descartes hanyalah mengandaikannya bahawa terdapat bidang yang meyakinkan dan meragukan, manakala Imām al-Ghazzālī dalam Maqāṣid al-Falāsifah bukan menyatakan andaian, tetapi menyatakan pendiriannya yang tetap sempurna.
Sumber ilmu menurut Imām al-Ghazzālī, Aristotle dan Descartes sering dikaitkan dalam soal apa yang telah maklum. Imām al-Ghazzālī tidak menolak ilmu yang bersumberkan apa telah maklum, iaitu apa yang Aristotle istilahkan sebagai prouparchouses gignetai gnoseos dalam Posterior Analytics dan apa yang Descartes istilahkan notitia dalam Meditation II, tetapi Imām al-Ghazzālī menjelaskan bahawa ilmu juga bersumberkan dari apa yang tidak maklum.
St. Thomas Aquinas dikaitkan dengan Imām al-Ghazzālī berasaskan karangannya bertajuk Summa Theologiae. Dalam Summa Theologiae, St. Thomas Aquinas memulakan jilid pertamanya dengan permasalahan berkenaan ilmu. Dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn, al-Ghazali juga memulakannya dengan perbahasan berkenaan ilmu malah perbahasan ini dikelaskan sebagai rubu’ ibadat iaitu satu daripada empat rubu’ yang melengkapkan Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Dalam karangannya itu, St. Thomas Aquinas menggunakan istilah yang berbeza dengan istilah yang digunakan Imām al-Ghazzālī tentang ilmu, nilai dan sandarannya, yang berbeza maksudnya.
- Perbezaan Imām al-Ghazzālī dengan Descartes
Dalam Meditation I, Descartes berandaian bahawa bidang fizik, astronomi, perubatan dan semua bidang, yang melibatkan kajian terhadap benda cantuman adalah meragukan, dan bahawa bidang aritmetik, geometri dan bidang seumpamanya, yang melibatkan kajian terhadap benda ringkas dan tanpa melibatkan persoalan kewujudan di alam nyata, adalah bidang yang mengandungi sesuatu yang meyakinkan dan sesuatu yang tidak dapat dipersoalkan.
“We may safely conclude that physics, astronomy, medicine, and all the other disciplines which involve the study of composite things are indeed doubtful; but that arithmetic, geometry, and other disciplines of the same kind, which deal only with the very simplest and most general things, and care little whether they exist in nature or not, contain something certain and indubitable.” (Meditation I, Oxford)
Dalam Maqāṣid al-Falāsifah, Imām al-Ghazzālī menjelaskan bahawa bidang-bidang ahli falasifah terbahagi kepada empat iaitu matematik, logik, fizik dan metafizik yang mana ditekankan bahawa tiada theorem yang berlawanan dengan kebenaran, tiada perselisihan, dan tiada ketidakpastian dalam bidang-bidang matematik iaitu geometri dan aritmetik. Disebabkan ini, Imām al-Ghazzālī menjelaskan bahawa tujuan karangan beliau bukan untuk membahaskannya dan tidak akan menyisakan waktu untuk membahaskannya. Walau bagaimanapun, dalam metafizik, kebanyakan dogma ahli falasifah adalah berlawanan dengan kebenaran. Dalam bidang-bidang logik, kebanyakan prinsip asasnya adalah betul dan hanya akan menyimpang dalam soal andaian dan kesimpulannya tetapi bukan berkaitan objek kajiannya dan tujuan kajiannya.
“Know, first, that their sciences are divided into four classes; the mathematical, the logical, the physical and the metaphysical. The mathematical sciences deal with arithmetic and geometry. There is nothing in the theorems of the arithmetic and geometry which contradicts truth, nor are they subject to disagreement and denial. Since this is so, it is not our intention to deal with them. In metaphysics most of their dogmas contradict truth, and the true occurs only sporadically. In logical sciences most of their propositions are correct and error occurs only sporadically; here they deviate from truth only in so far as their conventions and assumptions are concerned, but not in so far as the objects and purposes are concerned.” (Maqāṣid al-Falāsifah, terj. Chertoff dari terj. Hebrew, The Meaning of Philosophers, Columbia University)
- Perbezaan Imām al-Ghazzālī, Aristotle dan Descartes
Dalam Meditation II, Descartes menyatakan bahawa beliau hanya boleh menilai ilmu berdasarkan apa yang telah maklum. Misalnya Descartes telah maklum bahawa “Descartes wujud” dan Descartes cuba mencari apakah maksud “Descartes” dalam “Descartes wujud” itu yang mana Descartes sudah maklum akan maksudnya iaitu dia. Ini menurut Descartes tidak bergantung atau tidak bersumberkan kepada apa yang belum diketahuinya sama ada yang belum diketahui itu wujud atau tidak. Maka pengetahuan tentang ”Descartes” itu tidak bergantung kepada apa-apa yang digambarkan dalam khayalannya. Gambaran ini menurutnya membawa kepada kegelinciran ilmu tentang “Descartes”.
“I can pass judgement only on those things that are known to me. I know [novi] that I exist; I am trying to find out what this ‘I’ is, whom I know [novi]. It is absolutely certain that this knowledge [notitia], in the precise sense in question here, does not depend on things of which I do not yet know [novi] whether they exist; and therefore it depends on none of those things I picture in my imagination. This very word ‘imagination’ shows where I am going wrong. For I should certainly be ‘imagining things’ if I imagined myself to be anything, since imagining is nothing other than contemplating the shape or image of a bodily thing. Now, however, I know [scio] for certain that I exist; and that, at the same time, it could be the case that all these images, and in general everything that pertains to the nature of body, are nothing but illusions. Now this is clear to me, it would seem as foolish of me to say: ‘I shall use my imagination, in order to recognize more clearly what I am’, as it would be to say: ‘Now I am awake, and I see something true; but because I cannot yet see it clearly enough, I shall do my best to get back to sleep again so that my dreams can show it to me more truly and more clearly.’ And so I realize [cognosco] that nothing that I can grasp by means of the imagination has to do with this knowledge [notitiam] I have of myself, and that I need to withdraw my mind from such things as thoroughly as possible, if it is to perceive its own nature as distinctly as possible.” (Meditation II, Oxford)
Pegangan Descartes ini tidak jauh berbeza dengan pegangan Aristotle. Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke Bahagian 2.
One Response