Hari Wesak 2023, Ulangtahun ke-2567

Oleh Lim Kooi Fong
Pada 4 hb Mei tahun ini, Hari Wesak disambut meriah oleh penganut Buddha tempatan selepas beberapa tahun tidak dapat mengadakan perarakan besar-besaran ikutan kawalan pergerakan Covid-19 dari tahun 2020-2022. Bagi meraikan era Buddha yang ke-2567,  ramai pengunjung termasuk warga asing berhimpun di kuil-kuil Buddha dan di sepanjang jalan-jalan di bandar-bandar seperti Melaka, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, dan Pulau Pinang untuk menyaksikan acara perarakan Wesak. 

Ada Apa Dengan Transgender?

Mas Elizawati binti Mohammad Ali 8 Mac lalu kita telah pun meraikan Hari Wanita Antarabangsa (International Women’s Day) yang ke-48. Tema untuk tahun ini dipromosi secara meluas melalui media massa dengan tanda pagar (hashtag) #embraceequity atau #memelukkesaksamaan. Malangnya, tema kali ini dilanda kontroversi kerana ia telah memasukkan transgender (transjantina) ke dalam kategori wanita. Walaupun demikian, […]

Universiti Sejak Zaman Nabi Muhammad sallaLlāhu ‘alayhi wa sallam <strong>sehingga Abad ke-17</strong>

Muhammad Afiq Dalam sejarah, terdapat institusi pendidikan yang boleh dikatakan universiti walaupun menggunakan istilah madrasah kerana pengajiannya meliputi pelbagai bidang ilmu yang meliputi ilmu ugama dan ilmu dunia, dan ilmu ugama menjadi ilmu dasar pengajiannya. Dasar ini penting dan berkait dengan latar institusi pendidikan yang telah ada pada zaman Nabi Muhammad. Institusi ini sama ada […]

Hari Raya Aidilfitri Menyatukan Ummah

Dikalangan masyarakat Muslim, kebiasaannya sambutan Hari Raya dapat dilihat di pagi Raya itu sendiri, apabila orang ramai berduyun-duyun ke masjid atau ke kawasan lapang yang ditetapkan untuk mengerjakan solat raya di luar masjid. Di negara bukan majoriti Islam juga, masyarakat Islamnya mendapat izin pemerintah untuk berkumpul mendengar khutbah Hari Raya Aildifitri serta meneruskan sambutan dengan berkelah atau ke taman hiburan kanak-kanak. Ini bersesuaian dengan sunnah Nabi untuk umat Islam mendirikan sembahyang kedua-dua Hari Raya di kawasan lapang, agar semua golongan masyarakat boleh turut serta termasuk kaum wanita yang tidak mengerjakan solat.