Adab Sebagai Murid

Penterjemah: Rizky Febrian (Indonesia)

Imām al-Ghazālī di dalam karyanya, Bidāyat al-Hidāyah (Permulaan Jalan Hidayah) ada menegaskan beberapa adab seorang murid untuk amalkan dan dijadikan sebagai panduan. Beliau berkata: “Sekiranya kamu seorang yang murid, maka adab-adab seorang murid di hadapan seorang yang alim (guru) adalah sebagai berikut:

  1. Apabila murid menemui gurunya, hendaklah murid mendahulukan dengan ucapan aluan dan salam.
  2. Mengurangkan bercakap di hadapannya.
  3. Tidak berkata-kata dengan apa yang tidak ditanya oleh gurunya.
  4. Tidak bertanya melainkan setelah meminta izin terlebih dahulu.
  5. Tidak menyanggahi guru dengan berkata, “telah berkata seseorang dengan membawa pandangan yang bercanggah dengan pandangan kamu (guru).”
  6. Tidak menunjukan kepada guru pandangan yang menyalahi pandangannya seolah menggambarkan bahawa murid lebih tahu akan kebenaran berbanding gurunya.
  7. Tidak berbisik (atau bertanya) kepada orang yang duduk di sebelahnya di dalam majlis gurunya.
  8. Tidak memalingkan muka ke mana-mana, bahkan hendaklah duduk dengan beradab dan matanya tetap menghadap guru seakan di dalam solat (Iaitu dalam keadaan memberi sepenuh tumpuan, sepertimana dalam keadaan solat dengan beradab dan pandanga mata hanya menghala ke tempat sujud sahaja).
  9. Tidak banyak bersoal kepada guru ketika beliau dalam keadaan letih.
  10. Apabila gurunya berdiri, hendaklah murid juga berdiri untuk menghormati gurunya,
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan pembahasan dan persoalan gurunya ketika beliau bangkit dari majlisnya.
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga guru sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Jangan berprasangka buruk terhadap gurunya apabila si murid melihat pada amalan zahir gurunya yang (mungkin nampak) menyalahi ilmu murid (bukan menyalahi agama), kerana guru lebih mengetahui berkenaan rahsia-rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini, ingatlah kisah antara Nabi Mūsā dan Khiḍir (Surah al-Kahf, Ayat 71). Yang pada akhirnya, Nabi Mūsā tersilap dalam pengingkarannya terhadap perbuatan Khiḍir, dikeranakan Nabi Mūsā hanya memandang hukum zahirnya sahaja.

Sumber Rujukan:

Imām al-Ghazālī, Bidāyat al-Hidāyah. Jeddah: Dār al-Minhāj, 2008, mukasurat 239-240.

Leave a Reply