Khalina M. Khalili, Ph.D.
Robot Artificial Intelligence mungkin bisa meniru corak emosi kita
ChatGPT bermaksud generative pre-trained tranformer – atau penjana perombakan dilatih merupakan suatu platform perbualan antara manusia dan robot AI. Disini kami cadangkan rakan guru semua untuk mencuba platform ini bagi menambah-baikkan prestasi kerja dan lebih utama lagi, untuk menyediakan para guru akan kemungkinan para pelajar tidak dapat lagi diberi kerja rumah! Bagaimanakah cara terbaik untuk menguji dan merekodkan prestasi pelajar kita didalam sesuatu matapelajaran jika apa yang mereka hasilkan adalah penulisan robot AI.
Dengan teknologi bahasa komputer, ChatGPT boleh menjawab sebarang persoalan yang kita taipkan sebagai input baginya. Software ini kemudiannya akan melayari kesemua website yang berkaitan tentang tajuk tersebut dan menghasilkan suatu jawapan yang paling tepat dan lengkap. Jika ini benar, bukan para pelajar sahaja yang akan berhenti menulis, ramai dikalangan pekerja awam dan swasta juga tidak perlu lagi bersusah-payah memerah otak untuk membuat kajian, menulis laporan ataupun membuat soal-siasat tentang kes guaman mahupun perubatan. Sebenarnya ianya agak menakutkan! Bayangkanlah kesannya jika maklumat dari robot AI itu sebenarnya tidak tepat kerana menggunakan rujukan yang terhasil di negara-negara tertentu sahaja (iaitu negara yang paling ramai pengguna internet) ataupun dikalangan masyarakat Barat sahaja (kerana penggunaan Bahasa Inggeris lebih meluas). Tentulah jawaban robot AI itu berat sebelah dan jika tidak dipantau ianya mungkin mencedok perbahasan yang ekstremis ataupun berbaur isu perkauman, seksual dan berunsur ganas dan sadistik. Ini boleh menjerumuskan masyarakat kita kearah kegencatan sosial, terutama apabila anak-anak kecil juga turut sama terjebak.
Faktor lain yang perlu di awasi juga melibatkan privasi dan maklumat peribadi yang di kongsi dengan ChatGPT dan platform lain. Maklumat peribadi adalah sensitif dan pelajar perlu diingatkan untuk tidak cuai, begitu juga orang dewasa.
Setakat ini sudah ada 100 juta pengguna yang mendaftar sebagai pengguna ChatGPT walaupun hanya 2 bulan telah berlalu. Syarikat OpenAI yang melopor teknologi ini kini dikejar oleh Google dengan produk barunya yang dinamakan Bard AI. Tidak kurang juga beberapa syarikat lain dari China seperti Alibaba Group Holding, Tencent Holdings, Baidu, NetEase dan JD.com juga merancang untuk melancarkan produk AI mereka.
Guru-guru komputer pasti giat mencuba keupayaan baru yang ditonjolkan melalui programming model bahasa komputer ini bagi memastikan penggunaannya dapat disebarkan bagi kesemua subjek pembelajaran dan mengelakkan sebarang masalah yang muncul. Bagaimanapun kebanyakan dari pakar pendidikan teknologi maklumat merasakan bahawa ianya tidak sesuai untuk kegunaan para pelajar. Syarikat OpenAI juga mensyaratkan agar pengguna yang berumur 18 tahun keatas sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan sistem ini. Apa-apa pun, jangan segan mencuba.
Tekan disini AI chat.openai.com
Tuliskan soalan anda dalam chatbox dan lihat jawapan si robot.
Hebatkan!
Bagi yang tidak pernah mengambil perhatian akan kehadiran robot didalam hidup kita, kini ianya terasa begitu mengancam. Penganalisa teknologi menjangka bahawa hampir semua mesej dari syarikat-syarikat akan ditulis oleh Robot AI diambang tahun 2025 dan diambang 2030 pula mereka meramalkan bahawa filem-filem blockbuster pun akan dihasilkan oleh robot Artificial Intelligence. Menakjubkan!
Adakah jawapan dari ChatGPT menggembirakan para guru semua atau sebaliknya?Kirimkan respon dan contoh soalan beserta jawapan ChatGPT kepada kami di citrailmuresources@gmail.com atau diruang komen dibawah.
Anda juga mungkin berminat dengan cikgu bersembang dengan ChatGPT.