FALSAFAH INSAN
PERBEZAAN FAHAM ILMU DI ANTARA IMĀM AL-GHAZZĀLĪ DENGAN SARJANA BARAT – 2
Muhammad Afiq Abdul Rahman (Malaysia)
Seharusnya Imām al-Ghazzālī tidak diturunkan tarafnya kepada Descartes dan Descartes juga tidak seharusnya dinaikkan taraf menyamai Imām al-Ghazzālī. Di abad pertengahan Eropah transmisi teks dari Tamadun Islam ke Barat berlaku dengan pesat dan sarjana Barat melakukan penyusunan semula bukan mengambil manfaat daripada teks Islam tetapi mengubah rupa dan citanya bersalahan dengan prinsip asal. Berdasarkan rumusan di atas, Descartes bermula dengan keraguan, manakala Imām al-Ghazzālī bermula dengan keyakinan, yang bermaksud kedua-duanya berbeza dalam prinsip ilmu.