
Peranan Universiti Dalam Dunia Yang Bergolak
Muhammad Afiq b. Abdul Rahman (Malaysia)
Sudah tiba masanya untuk mengurangkan debat-debat yang tiada gunanya tanpa pembangunan ilmu-ilmu prasyarat yang sepatutnya di universiti. Soalannya, apakah yang dapat dipelajari dari sejarah kesulitan masyarakat terdahulu, bagaimana mereka berhadapan dengannya dan kenapa universiti yang harus menjadi pokok pangkalnya dalam melunaskan tanggungjawab berdepan kesulitan itu? Bagi menjawabnya mungkin sebuah buku bertajuk Universities, Academics and the Great Schism karya R. N. Swanson terbitan Cambridge University Press (1979)dapat memberikan sedikit gambaran masa lalu di Eropah yang berguna untuk difikirkan.