SAINS DAN BAHASA
Muhammad Afiq Abd Rahman
Alam bertertib yang kita saksikan ini pada hakikatnya senantiasa baharu. Misalnya dalam mencipta jam, pada dasarnya seseorang jurureka Muslim lazim meyakini pada setiap waktu solat berpandukan alam tabi’i yang waktunya ditentukan Allah. Daripada waktu itu pada dasarnya kita tahu bahawa setiap waktu ada waktunya yang tepat. Jika tiada waktu solat itu, ciptaan jam pun tidak bermakna.