citra.guru

Senarai blog

Klik untuk baca

Hari Wesak 2023, Ulangtahun ke-2567

Oleh Lim Kooi Fong
Pada 4 hb Mei tahun ini, Hari Wesak disambut meriah oleh penganut Buddha tempatan selepas beberapa tahun tidak dapat mengadakan perarakan besar-besaran ikutan kawalan pergerakan Covid-19 dari tahun 2020-2022. Bagi meraikan era Buddha yang ke-2567,  ramai pengunjung termasuk warga asing berhimpun di kuil-kuil Buddha dan di sepanjang jalan-jalan di bandar-bandar seperti Melaka, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, dan Pulau Pinang untuk menyaksikan acara perarakan Wesak. 

Baca Lanjut »

Hari Raya Aidilfitri Menyatukan Ummah

Dikalangan masyarakat Muslim, kebiasaannya sambutan Hari Raya dapat dilihat di pagi Raya itu sendiri, apabila orang ramai berduyun-duyun ke masjid atau ke kawasan lapang yang ditetapkan untuk mengerjakan solat raya di luar masjid. Di negara bukan majoriti Islam juga, masyarakat Islamnya mendapat izin pemerintah untuk berkumpul mendengar khutbah Hari Raya Aildifitri serta meneruskan sambutan dengan berkelah atau ke taman hiburan kanak-kanak. Ini bersesuaian dengan sunnah Nabi untuk umat Islam mendirikan sembahyang kedua-dua Hari Raya di kawasan lapang, agar semua golongan masyarakat boleh turut serta termasuk kaum wanita yang tidak mengerjakan solat.

Baca Lanjut »