Perayaan Hari Ibubapa Kebangsaan
Mas Elizawati Mohammad Ali Hari Ahad yang lepas adalah Hari Ibubapa Kebangsaan (‘National Parents Day’). Secara tradisi, ia disambut pada hari Ahad yang keempat pada
Klik untuk baca
Mas Elizawati Mohammad Ali Hari Ahad yang lepas adalah Hari Ibubapa Kebangsaan (‘National Parents Day’). Secara tradisi, ia disambut pada hari Ahad yang keempat pada
Kembara Hidup Seorang Sukarelawan William Cheah (Malaysia)
Hari ini umurku genap 50 tahun dan aku telah gagal dalam hidup ini.
Ini kerana bagi masyarakat yang mengukur kejayaan seseorang hanya dari aspek kekayaan dan pemilikan material, tiada istilah lain bagi pencapaianku dalam 50 tahun tersebut melainkan kegagalan.
Dr Khalina M. Khalili (Malaysia)
Hari Awal Muharam atau Ma’al Hijrah mungkin tidak disedari kepentingannya oleh sebahagian masyarakat Malaysia yang tidak beragama Islam. Tetapi bagi umat Islam, sayang sekali kalau kita biarkan hari ini berlalu tanpa sebarang peringatan bagi ahli-ahli keluarga yang tersayang. Ini adalah kerana, sambutan Hijrah atau penghijrahan Rasul dari Mekah ke Madinah itu merupakan suatu kebangkitan insan-insan yang hidup berpaksikan kepada hakikat dan Kebenaran.
Muhammad Afiq b. Abdul Rahman (Malaysia)
Sudah tiba masanya untuk mengurangkan debat-debat yang tiada gunanya tanpa pembangunan ilmu-ilmu prasyarat yang sepatutnya di universiti. Soalannya, apakah yang dapat dipelajari dari sejarah kesulitan masyarakat terdahulu, bagaimana mereka berhadapan dengannya dan kenapa universiti yang harus menjadi pokok pangkalnya dalam melunaskan tanggungjawab berdepan kesulitan itu? Bagi menjawabnya mungkin sebuah buku bertajuk Universities, Academics and the Great Schism karya R. N. Swanson terbitan Cambridge University Press (1979)dapat memberikan sedikit gambaran masa lalu di Eropah yang berguna untuk difikirkan.
Khalina M. Khalili, Ph.D. (Malaysia)Begitulah hebatnya Kota Mekah sebagai pusat dunia. Ianya merupakan bandaraya tertua di dunia mengikut pengertian yang diberikan dalam sejarah Islam – yakni umm al-Qura’ yang membawa maksud Ibu kepada segala ibukota. Asalnya adalah suatu lembah yang diberi nama Bakkah (lihat Al-Quran, 3:96 dan Bible, Psalms:84). Dengan kehadiran Nabi Ibrahim dan kaum kerabatnya yang memulakan peradaban manusia disitu, maka ianya menarik perhatian para pedagang, pencinta ilmu dan mereka yang dahagakan Kebenaran dari Tuhan.
Wardah Hassan (Malaysia)
I signed up to corporate world in my early 20s with compounding confusions since secondary school if not earlier. Why was I confused? I attended both conventional school and madrasah set up – in the morning and afternoon session respectively. The two education systems I reckoned diverged even more as I begun the secondary school especially so in the lab. My heart was not where it is because I was kind of desperate for the two systems to “complement” one another, to fill in my curiosity.
Mas Elizawati Mohamad Ali (Malaysia)
Kebiasaannya sekarang, kanak-kanak kecil sudah celik teknologi, terutamanya tentang gajet dan penggunaan aplikasi mudah alih sama ada untuk tujuan keseronokan atau pembelajaran mereka. Namun, kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk menceritakan tentang aplikasi yang, pada pandangan saya, tidak sesuai untuk kumpulan umur mereka. Oleh kerana sesetengah aplikasi ini mempunyai unsur-unsur ganas dan menakutkan, saya bimbang ia mungkin mempengaruhi tingkah laku murid-murid bila menjangkau umur yang lagi besar.
Citra Guru mula diterbitkan pada 27 Rejab 1443 Hijrah bersamaan 1 Mac 2022. Blog ini mengutarakan pandangan sidang editor dan menerima sumbangan penulisan dari para guru di Asia Tenggara dan seluruh dunia.