
Ulat Buku
Memperalat Pengkhususan Ilmu di Universiti:Ulasan Buku bertajuk Homo Academicus karya Pierre Bourdieu terbitan Stanford University Press. Afiq Abdul Rahman (Malaysia)\
Bagi yang tidak biasa membaca karya Sosiologi istilah yang lazimnya digunakan bagi mengungkap sesuatu konflik, fungsi atau simbolik adalah istilah modal. Pierre Bourdieu pula mengembangkan istilah tersebut menjadi modal kebudayaan. Khususnya dalam karya ini Pierre Bourdieu menggunakan lapan petunjuk atau lapan modal bagi mengungkap budaya universiti atau dalam istilahnya disebut academic habitus yang menyuburkan suasana yang menyebabkan berlakunya pengabaian bidang-bidang kemanusiaan di sebalik kejayaan-kejayaan dalam bidang-bidang sains, perundangan dan ekonomi.








