Pendidikan Anak Perempuan di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan- Suatu Tinjauan

Cikgu Najwa M. Hesimuddin (Malaysia)

Selepas membaca sebuah jurnal perkembangan sekolah melayu di Negeri Perak, saya tergerak untuk berkongsi fikiran dengan para guru khususnya. Sebagai seorang peminat buku dan majalah intelektual melayu lama, kita patut baca semula penerbitan lama tentang pendidikan. Saya baru tahu akan kewujudan suatu penulisan guru-guru perempuan pada tahun 1924-1929. Saya telah dapat imej penerbitan ini oleh Google sekitar tahun 1950-an. Pernah juga sebuah jurnal Southeast Asia menulis pasal ini dan mengatakan bahawa pada ketika itu riuh suara-suara mendesak agar keperluan pendidikan anak anak perempuan Melayu di penuhi. Maka atas kesedaran nasionalis Melayu, salah satunya pusat latihan guru diwujudkan dengan nama the Teacher Training College of Tanjung Malim. Pada masa yang sama juga timbul suatu kesedaran Islam progresif di kalangan anak muda dari Timur Tengah (sekitar zaman Syeikh Hadi dan tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu). 

Majalah Guru versi 1951

Sebelum tahun 1900 sekolah untuk anak perempuan kurang mendapat sokongan rakyat awam oleh kerana pemikiran orang Melayu pada masa itu tidak cenderung kepada pendidikan anak perempuan berbanding dengan laki-laki. Pihak kolonial Inggeris juga tidak berminat untuk menyokong pendidikan anak perempuan melayu oleh sebab faktor ekonomi – ianya tidak mendatangkan keuntungan. Namun lama-kelamaan kedengaran desakan pegawai-pegawai Melayu yang berpendidikan tinggi menghadapi kesukaran untuk mencari pasangan hidup yang setaraf dari segi pendidikan. Bagi mengatasi masaalah sosial ini, pada asalnya objektif penubuhan sekolah melayu adalah untuk sekurangnya mendidik pelajar agar tahu membaca, menulis dan mengira (3M). Ianya cenderung berbentuk pendidikan sosialisasi. 

Pendidikan ketika itu tidak bertujuan untuk perkembangan ilmu, jauh dari apa yang kita belajar kini sebagai lifelong learner – belajar untuk sepanjang hayat – tetapi lebih berfokus pada kemahiran (soft skills). Contohnya yang perempuan diajar ilmu rumah tangga – mereka perlu tahu memasak, menjahit, menganyam dan mengurus rumah tangga. Yang laki-laki diajar membaca baris-baris ayat Quran. Pendidikan ini nyata berfokus pada ugama. Tetapi pada sisi lainnya, anak laki-laki diajarkan ilmu ilmu di lautan dan di daratan, ilmu bertukang dan sebagainya. Ini pasti membuat kita tertanya-tanya berkenaan peluang pendidikan anak perempuan bangsawan, anak pemimpin melayu ketika itu? Adakah sama seperti anak-anak perempuan orang biasa? Hakikatnya, mereka juga belajar pengetahuan asas dalam kehidupan rumah tangga. Namun mereka lebih beruntung, kerana anak anak perempuan orang orang kaya dan bangsawan ada orang gajian atau pembantu – lalu mereka sebenarnya tidak perlu bersusah-susah mengemas dan menyapu. Keperluan harian mereka lebih kepada melawakan diri, mendandan diri, mewangi-wangikan diri, berpakaian cantik untuk suami mereka yang berpangkat dan sesuai dengan kehidupan yang mewah. 

Sekolah melayu perempuan yang pertama adalah di Teluk Belanga, di Singapura. Ketika itu pelajar pelajarnya cumalah seramai 6 orang. Itu pun sekolah tersebut pernah ditutup kerana kekurangan pelajar perempuan Melayu yang mendaftar belajar di situ. Tentu sekali matlamat pendidikan untuk anak perempuan zaman ini telah jauh lebih progresif dari dulu. Adakah anda setuju?

Najwa Hesamuddin merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Perak. Beliau telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Sains Politik dan memegang ijazah Sarjana Muda dalam pengkhususan Bahasa Inggeris (Linguistik) dan falsafah. Layari blognya disini.

Leave a Reply